Friday, January 7, 2011

Program penajaan yang tidak melibatkan produk dan komen Ashadi Zain

Program HEBAT & TERKINI yang di cari-cari oleh SEMUA orang!!! Duduk depan PC Buat duit!!! Dengan modal RENDAH, jana RM100-RM1,500 seminggu @ Anda boleh mengembalikan STATUS KEWANGAN dan mampu menjana pendapatan sampingan sehingga RM178,000.00 ATAU LEBIH dalam 10 bulan!!!

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Saya sudah melawat laman sesawang itu. Berdasarkan maklumat yang terpapar di laman itu (dan jika saya tidak terlepas pandang), model pendapatan (revenue model) yang ditawarkan adalah berdasarkan konsep referral dan penajaan. Tidak terdapat sebarang produk yang dijual.

Berdasarkan Akta Jualan Langsung 1993 (pindaan 2010), sebarang perniagaan berbentuk MLM perlu melibatkan produk tertentu yang ditawarkan kepada pengguna.

Semangat akta tersebut juga memperuntukkan bahawa produk yang dijual sudah semestinya merupakan produk yang mendatangkan kebaikan yang jelas kepada para pengguna.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment