Wednesday, January 5, 2011

Komen Ashadi Zain mengenai penjualan madu palsu

Ya, benar. Kejujuran adalah penting, malah ia merupakan salah satu modal yang paling penting dalam bidang perniagaan.

Ini kerana modal bukan hanya wang ringgit, dan aset jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Kejujuran dan seterusnya kepercayaan orang pada kita juga adalah modal yang amat berharga.

Modal kepercayaan (trust capital) yang tinggi membolehkan para usahawan menjalankan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih mudah, manakala modal kepercayaan yang rendah akhirnya membawa padah dalam bentuk kerugian dan kehilangan peluang.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

No comments:

Post a Comment