Wednesday, January 12, 2011

Komen Ashadi Zain mengenai organisasi yang dipersalahkan atas tindakan segelintir ahlinya

Dakwa ditipu ahli PPIM

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


ROSLIN menunjukkan salinan aduan polis yang dibuat mengenai dakwaannya ditipu ahli PPIM di Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Seorang peniaga wanita tidak menyangka rakannya yang juga ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sanggup menipunya sehingga mengalami kerugian kira-kira RM200,000.

Peniaga tersebut, Roslin Bakar, 40, berkata, rakannya itu merupakan kenalan lama kerana mereka pernah tinggal berjiran sejak kecil lagi.

"Saya pada awalnya mengusahakan syarikat hiasan dalaman sejak tahun 2007 tetapi setelah ditipu, syarikat saya terpaksa gulung tikar kerana tiada modal pusingan," ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Dakwa Roslin, semuanya bermula apabila dia meminjamkan wang sebanyak RM200,000 kepada rakannya itu secara berperingkat-peringkat selama lima bulan dan ia dibuat atas dasar kawan simpati.

"Niat saya ingin tolong dia. Dia janji selepas dapat projek, dia akan bayar habis berserta 30 peratus keuntungan projek," jelasnya.

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:
Ya, benar, rakyatgusar. Memang ramai orang yang begitu. Semasa hendak meminjam duit, janji yang ditabur begitu indah.

Kemudian, apabila hutang dituntut, pelbagai alasan diberikan. Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, tabiat liat membayar hutang di kalangan orang Melayu sebenarnya dapat menjejaskan ekonomi orang Melayu secara keseluruhannya.

Mengenai isu ini pula, adalah tidak adil bagi PPIM dipersalahkan atas tindakan segelintir ahlinya yang tidak bertanggungjawab (jika dakwaan ini benar).

Prinsipnya mudah sahaja… misalnya, jika sesikat pisang yang rosak, adakah adil bagi kita mengatakan seluruh tandan busuk?

Jika seorang ahli keluarga melakukan onar, maka adilkah bagi kita mengatakan bahawa keluarga itu adalah keluarga yang rosak akhlaknya?

Ataupun jika seorang penganut Islam melakukan jenayah, maka adakah ini bermakna bahawa Islam wajar dipersalahkan?

Cuba kita lihat dalam konteks negara kita, yang mana umat Islam menjadi ‘juara’ dalam pelbagai perkara:
1. Penagihan dadah.
2. Sumbang mahram.
3. Majoriti pekerja di pusat hiburan yang menjual arak adalah orang Islam
4. Dan sebagainya.

Adakah adil bagi pihak tertentu menuduh Islam ‘menjuarai’ perkara di atas, sedangkan Islam adalah agama yang syumul?

Sudah tentu tidak. Ya, memanglah PPIM tidak boleh disamakan dengan agama Islam. Namun secara dasarnya, prinsip yang sama dapat digunapakai dalam konteks organisasi, iaitu sesebuah organisasi tidak wajar dipersalahkan atas atas tindakan segelintir ahlinya yang tidak bertanggungjawab.

Prinsip ini terpakai, melainkan jika organisasi tersebut memang sudah jauh menyeleweng dan bobrok, hingga menjadikannya organisasi yang wajib ditolak.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment