Sunday, January 16, 2011

Ditipu Dato' Maya?

Bagi manfaat para pembaca yang mungkin mengalami kesukaran membaca tulisan pengadu, saya telah meringkaskan aduannya, seperti yang berikut:

1. Pada 14/1/2011, pengadu pergi ke OUB Bank, Jalan Raja Laut untuk bertemu dengan seorang wanita yang bernama Dato’ Maya.

2. Janji Dato’ Maya: Menukarkan USD kepada RM pada kadar RM3.70 bagi setiap USD.

3. Pengadu menyerahkan USD30,000 kepada Dato’ Maya bagi ditukarkan.

4. Pengadu dan rakan disuruh menunggu di luar bank sementara Dato’ Maya berkata dia ingin berjumpa dengan CEO OUB Bank, yakni bagi urusan penukaran.

5. 15 minit kemudian, Dato’ Maya kembali dan menyuruh pengadu menunggu atas alasan bank memerlukan masa bagi mengira dan menyusun wang. Dato’ Maya mengatakan wang akan diserahkan kepada mereka oleh seorang runner.

6. Sehingga jam 5.45 petang, wang belum diserahkan.

7. Dato’ Maya meminta pengadu datang lagi keesokan harinya.

8. Namun wang tidak juga diserahkan.

Melalui pembacaan yang saya lakukan, aduan ini adalah berasaskan dua kemusykilan:

1. Pengadu dijanjikan kadar tukaran yang lebih tinggi daripada kadar semasa pada 14/1/2011, iaitu RM3.70 bagi setiap USD, sedangkan kadar RM berbanding USD pada tarikh tersebut adalah kurang daripada RM3.70. Maka pengadu dijanjikan keuntungan atas penukaran USD kepada RM.

2. Selepas wang diberikan, tukarannya dalam RM tidak dikembalikan kepada pengadu.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment