Monday, January 17, 2011

Mentaliti Cari Makan Membelenggui Umat Islam

Kita terlalu lemah dari segi kerja amar makruf nahi mungkar (saya merujuk pada diri saya sendiri yang lemah imannya).

Selain kurang tarbiah yang menjadi puncanya, salah satu sebab umat Islam kini memandang remeh kerja amar makruf nahi mungkar adalah kerana 'mentaliti cari makan' sudah sebati dalam diri mereka.

Mentaliti cari makan merujuk pada mentaliti yang mana umat Islam menganggap matlamat kehidupan ini semata-mata untuk cari makan dan kemudiannya hanya survive di alam dunia, tanpa memikirkan kemaslahatan orang lain.

Mentaliti cari makan ini kemudiannya akan berkembang kepada dua kategori, iaitu:

1. Mentaliti nafsi-nafsi, iaitu mentaliti, "Asalkan aku selamat (survive), apa aku peduli orang lain."

2. Mentaliti pemangsa, iaitu mentaliti yang lebih teruk lagi. Mereka yang mempunyai mentaliti seperti inilah yang berasa bahawa tiada salahnya mereka menzalimi orang lain, termasuklah menipu orang (seperti kes penipuan yang banyak dipaparkan dalam blog SEMAK PENIPUAN PPIM). Alasan mereka adalah, “Aku perlu survive.”

Umat Islam perlu membebaskan diri dari mentaliti cari makan dengan berhijrah kepada mentaliti persaudaraan, yang mana ia didasari falsafah cubit paha kiri, paha kanan terasa jua.

Maaf jika ada kekurangan dalam penjelasan saya. Minta dilindungi daripada mentaliti seperti ini, walaupun diri ini sering terperangkap dengan nafsu dan godaan syaitan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment