Sunday, January 30, 2011

Taktik kotor pengusaha makanan - air sejuk/suam

Pengguna perlu berhati-hati dengan taktik sesetengah pengusaha makanan yang sengaja tidak menjual air suam/sejuk dan pada masa yang sama, menaikkan harga air mineral ke tahap yang tidak munasabah. Ada juga kes di mana air suam dan sejuk dijual pada harga yang tinggi.

Memanglah mereka berniaga untuk untung, tetapi janganlah keuntungan dihasilkan melalui penindasan dan kezaliman. Harap pihak berkuasa dapat memantau perkara ini dan mengambil tindakan tegas.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.


Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Wednesday, January 26, 2011

Awas dengan kereta banjir

Baru-baru ini, beberapa negeri di Malaysia mengalami antara banjir terburuk dalam sejarah. Banyak harta benda yang rosak.

Maka saya ingin menasihatkan rakan-rakan supaya berhati-hati jika ditawarkan kereta pada harga yang murah.

Ini kerana kemungkinan kereta itu adalah kereta yang sudah pun rosak akibat banjir.

Dengan demikian, pihak yang tidak bertanggung jawab itu ingin melupuskan kereta tersebut pada harga yang murah, dengan menipu mangsa kononnya keadaan kereta berkenaan masih baik.

Perkara yang sama pernah berlaku selepas banjir melanda Johor beberapa tahun yang lepas.

Pasaran tiba-tiba dilambakkan dengan kereta pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Apabila disiasat, ternyata kereta berkenaan adalah kereta yang sudah pun rosak akibat banjir.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan. Mereka yang ingin berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini, sila hantarkan emel kepada saya.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Komen Ashadi Zain mengenai penipuan dalam langganan telefon bimbit

TELEKOMUNIKASI-CAJ BERLEBIHAN KEPADA PENGGUNA TELEFON BIMBIT
From: mohd ns
Date: 2010/2/22

Salam to PPIM, Mesej iklan ke handphone
Saya menerima mesej iklan ke hendphone yang mengenakan caj. Untuk info, sebelum ini saya pernah melanggan permainan video menerusi iklan di TV. Untuk makluman juga, setiap mesej yg diterima tidak terdapat pilihan untuk membatalkan perkhidmatan tersebut. Ini membebankan saya dari segi kewangan kerana setiap bulan terpaksa menanggung kos lebih daripada RM100.Paparan di telefon bimbit ada seperti berikut:

title: RM6.00: RACE-FRUIT SQUASH Address: http://202.71.107.3:8080/sms/my_download.php?id 617622_56631(number id adalah berlainan utk setiap mesej yg dihantar.) Sepatutnya semua iklan berbentuk langganan mestilah mempunyai pilihan utk membatal perkidmatan sekiranya pengguna ingin menamatkan perkhidmatan.Ini merupakan penipuan terhadap pengguna. Saya berharap pihak PPIM dapat menyelongkar masalah ini serta dapat membantu saya untuk keluar dari bebanan ini. Saya percaya masih ramai lagi di luar sana yang mempunyai masalah seperti ini.


Yang benar
M------- n


KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Sebenarnya, kegiatan ini sudah berleluasa sejak beberapa tahun lepas, iaitu apabila ringtone, ringback tone, wallpaper dan sebagainya mula popular di kalangan pengguna.

Mereka yang melanggan perkhidmatan ini dapat ditipu melalui sekurang-kurangnya dua cara, iaitu:

1. Cara memberhentikan langganan tidak diberitahu pada pengguna (atau sememangnya tiada).

2. Sekalipun pengguna telah memberhentikan langganan, mereka terus dicaj.

Berwaspadalah dengan perkara ini. Diharap pihak syarikat telekomunikasi dan semua agensi berkenaan, terutamanya SKMM mengambil berat akan perkara ini. Ini kerana penipuan seperti ini sudah terlalu lama berlaku.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan. Mereka yang ingin berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini, sila hantarkan emel kepada saya.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Tuesday, January 25, 2011

Kempen mendaulatkan Sultan

Saya ingin menarik perhatian kawan-kawan tentang isu pelantikan Dato’ Khusrin Munawir sebagai Setiausaha kerajaan Selangor.

Perkara yang ingin saya terangkan secara ringkas ini bukan berkaitan dengan isu ini secara langsung, tetapi adalah susulan isu ini.

Ini kerana kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kini saling menuduh bahawa pihak lawan telah menderhaka pada Sultan Selangor.

Maka nasihat yang ingin saya berikan adalah seperti yang berikut:

Berhati-hatilah jika ada pihak yang menggunakan nama Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat bagi mengutip derma, kononnya atas nama kempen mendaulatkan Sultan.

Jika ingin menderma, pastikan dahulu bahawa kempen itu adalah kempen yang sah.

Saya bimbang kalau-kalau rakan-rakan tertipu dengan kutipan derma palsu. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Komen Ashadi Zain mengenai pengguna yang menghadapi masalah kesesakan di pejabat imigresen

Saya fikir perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pihak imigresen adalah melaksanakan tindakan segera jangka pendek bagi menangani permintaan mendadak oleh para pengguna.

Biarlah pengguna mendapat perkhidmatan yang terbaik, termasuk dari segi masa menunggu, keselesaan semasa menunggu, perkhidmatan yang mesra dan sebagainya.

Langkah kedua yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti sama ada pertambahan permintaan secara mendadak ini adalah perkara yang bermusim ataupun perkara yang tidak dijangka.

Langkah ketiga:
1. Jika ia perkara yang bermusim, analisis perlu dijalankan tentang sebab permintaan ini gagal dijangka.

2. Jika ia perkara yang tidak dijangka, apakah tindakan susulan yang dapat dilakukan bagi menanganinya pada masa depan (tindakan jangka panjang), dengan memastikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna dan penyaluran dana kewangan secara cekap dan berkesan.

Semoga pihak imigresen dapat memanfaatkan cadangan ini demi keselesaan pengguna.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Susulan isu laungan azan: Keputusan JAKIM

Laungan azan: Jakim kata garis panduan tak perlu

Jan 25, 11 1:51pm

Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz beranggapan garis panduan untuk melaungkan azan tidak perlu ditimbulkan.

Beliau juga berkata, tindakan melaungkan azan itu tidak memerlukan garis panduan memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara ini.

Wan Mohamad berkata demikian dalam satu jawapan melalui e-mel kepada Malaysiakini berhubung isu itu melalui pegawai perhubungan awamnya Asiah Alkharib Shah.

Wan Mohamad sebelum itu ditanya mengenai keperluan mengeluarkan garis panduan melaungkan azan seperti itu memandangkan kekeliruan berhubung amalan laungan azan masih timbul di kalangan masyarakat pelbagai agama di Malaysia.

Wan Mohamad juga ditanya sekiranya garis panduan seperti itu akan mengelakkan isu berkenaan terus berulang di masa hadapan.

Isu berkenaan juga timbul susulan tuntutan yang dikeluarkan pergerakan pemuda PAS Wilayah Persekutuan supaya pihak berkuasa agama mengeluarkan garis panduan berhubung laungan azan.

Isu laungan azan itu timbul berikutan tindakan seorang penduduk membuat aduan kepada jabatan perdana menteri mengenai laungan azan di Masjid Al Ikhlasiah berhampiran kediamannya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Aduan berkenaan kemudiannya menyebabkan beberapa NGO berhimpun bagi menyatakan bantahan ke atas tindakan pengadu berkenaan yang meminta laungan azan di masjid itu diperlahankan.
Pengadu berkenaan Ng Kian Nam kemudiannya memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya apabila menyedari aduannya itu mencetuskan kontroversi.

Ng yang juga seorang peguam memberi alasan, beliau tidak dapat membezakan antara bunyi azan dan kuliah subuh.

Monday, January 24, 2011

Nasihat pada GRO

Entri ini adalah susulan isu yang timbul baru-baru ini, iaitu mengenai kerjaya sebagai GRO.

Kepada mereka yang kini menjadi GRO dalam erti kata ‘GRO yang terlibat dengan maksiat’, berhentilah dengan segera kerana masih banyak lagi alternatif bagi anda.

Bidang-bidang alternatif yang saya fikir sesuai bagi bekas GRO, yakni yang sesuai dengan set kemahiran yang dimiliki adalah seperti yang berikut:

1. Bidang jualan dan pemasaran, termasuklah mungkin sebagai ejen takaful (sekadar mencadangkan takaful kerana ia adalah sektor yang mampu mendekatkan bekas GRO kepada Islam secara tidak langsung)

2. Bidang perhubungan awam – Perhubungan awam yang saya maksudkan bukanlah perhubungan awam yang kadangkala menerima tempias tanggapan negatif yang muncul ekoran ‘kerja-kerja tambahan’ dalam bidang tugas GRO/PRO. Perhubungan awam yang saya maksudkan adalah perhubungan awam yang lebih kepada perhubungan antara organisasi dengan dunia luar dan juga media.

3. Bidang penjenamaan atau branding.

4. Dan sebagainya.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan dan terutamanya GRO.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Tohmahan Kuan Yew perlu ditepis

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Saya ingin berkongsi maklumat tentang kenyataan lee kuan yew dalam bukunya, Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Antara petikan dalam bukunya adalah, "Saya berpendapat hari ini kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam."

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan dan memberikan kesedaran kepada kita tentang keperluan amar makruf nahi mungkar, menurut kemampuan masing-masing. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, insya Allah.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/



Tohmahan Kuan Yew perlu ditepis


2011/01/25
KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan menyelar tindakan biadab bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang disifatkan sebagai pemimpin nyanyuk dan buta sejarah kerana mencetuskan kontroversi terbaru menerusi bukunya Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Umat Islam seluruh dunia terutama di Malaysia perlu bangkit membuktikan Islam tidak menentang kemajuan dan pembangunan, malah proses integrasi antara masyarakat berbilang kaum bertambah baik jika ajaran Islam diamalkan dengan sempurna. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman, berkata kontroversi terbaru itu menggambarkan keadaan sebenar Kuan Yew sebagai pemimpin yang sakit jiwa, nyanyuk dan buta sejarah. Katanya, umat Islam perlu bangun dan bangkit sebagai contoh ‘Khairun Ummah’ bagi menepis tohmahan dan dakyah sering dilemparkan oleh pemimpin dunia seperti Kuan Yew.

“Orang sakit jiwa tidak akan akan mengaku mereka sakit jiwa, oleh itu diharapkan ada pihak merujuk Kuan Yew ke pakar sakit jiwa bagi memastikan pemimpin itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan menghina Islam,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan Kuan Yew menggesa umat Islam di Singapura supaya tidak terlalu kuat berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

Laporan berkenaan turut menyebut Kuan Yew selalu menekankan pentingnya keharmonian antara kaum di Singapura yang mempunyai penduduk majoriti berketurunan Cina dan masyarakat minoriti termasuk orang Melayu dan kaum India.
“Saya berpendapat hari ini kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam,” katanya yang dipetik daripada bukunya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali, berkata sebagai pemimpin yang sudah terlalu lama dalam politik, Kuan Yew sepatutnya dapat membezakan sesuatu isu itu sensitif atau sebaliknya jika ingin disentuh.

Katanya, PERKASA tidak menganggap Kuan Yew sebagai pemimpin yang kurang faham bagaimana untuk menghormati kaum yang berlainan agama dengannya, sebaliknya menganggap beliau seorang pemimpin tua yang nyanyuk.

Islamikkah Perbankan Islam?

Ya, memang perbankan Islam sejak dahulu hingga sekarang dilanda pelbagai kontroversi. Terdapat kontroversi yang lebih menjurus kepada isu Syariah yang khusus dan ada pula yang lebih menjurus kepada isu Syariah yang lebih umum.

Isu Syariah yang khusus biasanya bersifat teknikal, seperti perbezaan pendapat antara ulama Nusantara (terutamanya Malaysia yang tidak dapat dinafikan adalah antara peneraju perbankan Islam) dan ulama Timur Tengah.

Misalnya adalah perbezaan pendapat tentang sama ada boleh ataupun tidak bagi perbankan Islam menggunakan bai’ inah. Untuk pengetahuan para netters, bai’ inah digunakan dalam urusniaga pembiayaan peribadi, kad kredit dan sebagainya.

Ulama Malaysia membenarkan penggunaan bai’ inah kerana ia dibenarkan dalam mazhab Syafi’i, iaitu mazhab yang menjadi amalan penduduk negara ini.

Namun demikian, ulama Timur Tengah tidak bersetuju dengan penggunaan bai’ inah dalam perbankan Islam. Mereka menawarkan alternatif, iaitu tawarruq.

Walaupun begitu, ulama Malaysia pula berhujah bahawa tawarruq yang diamalkan oleh sektor perbankan Timur Tengah tidak benar-benar memenuhi syarat tawarruq yang sebetulnya. Ini kerana tawarruq yang digunapakai oleh sektor perbankan Timur Tengah menggunakan pihak ketiga yang ada kaitan dengan institusi kewangan tersebut, iaitu related party (maaf, isu ini agak teknikal dan tidak dapat dibincangkan secara panjang lebar di sini).

Isu Syariah yang umum pula adalah isu yang lebih bersifat ‘falsafah’ dan bukannya teknikal. Contohnya adalah penghayatan maqasid Syar’iyyah dalam perbankan Islam.

Maqasid Syar’iyyah bermaksud matlamat Syariah, yang mana ia merujuk pada pemeliharaan lima perkara, iaitu pemeliraan agama, nyawa, akal, harta dan nasab (keturunan).

Ada ulama yang mencadangkan penghayatan maqasid Syar’iyyah dalam perbankan Islam demi memastikan perbankan Islam lebih berjaya dalam usaha memastikan keadilan, kesaksamaan dan segala kehendak Islam dipenuhi, dan bukan hanya sekadar mengejar keuntungan.

Selain perbezaan pendapat antara ulama, pengendali perbankan Islam juga dikritik kerana sering menggunakan alasan darurat (konsep darurah) sebagai justifikasi bagi mengesahkan amalan perbankan mereka.

Ringkasnya, memanglah perbankan Islam mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu yang mesti diatasi bagi memastikan umat Islam khususnya dan para pengguna lain amnya mendapat perkhidmatan terbaik, di samping keadilan dalam muamalah.

Pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang mungkin memperalatkan perbankan Islam bagi menyedut kekayaan umat Islam. Ini berdasarkan hakikat bahawa walaupun perbankan Islam sudah lama wujud, ia tetap terkongkong di bawah sistem kewangan global yang bersifat konvensional.

Namun begitu, perbankan Islam tetap diperlukan kerana perbankan Islam menawarkan peluang kepada umat Islam bagi memajukan ekonomi mereka melalui penyertaan modal insan, penggemblengan dana umat Islam secara kolektif dan tersusun, pembiayaan yang membolehkan umat Islam membeli aset seperti rumah dan lain-lain lagi.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Sunday, January 23, 2011

Modus operandi dan taktik penipuan perniagaan kiosk

Terdapat laporan mengenai penipuan niaga, yang mana mangsa melaporkan bahawa ada syarikat menawarkan peluang perniagaan kiosk yang sebenarnya adalah peluang perniagaan yang palsu.

Peluang yang ditawarkan adalah dalam bentuk kiosk ataupun mesin layan diri (vending machine). Modus operandi mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kebanyakan mangsa dihubungi melalui panggilan telefon dan ada juga yang ditemui di pameran-pameran perdagangan atau ‘roadshow’ yang dianjurkan oleh syarikat terbabit.

2. Mangsa dijemput menghadiri pembentangan mengenai konsep perniagaan kiosk.

3. Mangsa ditawarkan peluang perniagaan ‘multifunction automatic touchscreen’. Pelaburan dalam perniagaan kiosk ini dikatakan mampu menjana pendapatan antara RM3,000.00 – 4,000.00 sebulan.

4. Pendapatan adalah dalam bentuk komisyen antara 3 - 13%. Komisyen tersebut dikatakan bersumberkan reload prabayar, tempahan tiket wayang, tiket bas, tiket penerbangan dan bayaran bil utiliti, cukai pintu majlis/kerajaan tempatan, saman dan lain-lain lagi.

5. Selain komisyen, mangsa dijanjikan bayaran tetap bulanan sebanyak RM1,000.0. Bayaran ini dikatakan bersumberkan hasil sewaan ruang (sisi kiri dan kanan) kiosk kepada pengiklan pada kadar sewa RM500.00 untuk setiap sisi sebulan.

6. Mangsa juga dijanjikan perkongsian hasil jualan ruang iklan di skrin kiosk pada kadar 30:70. Urusan mendapatkan pengiklan dikatakan adalah tanggung jawab pihak syarikat.

7. Insentif lain yang ditawarkan adalah potongan harga pakej percutian dan pakej percutian percuma, TETAPI dengan syarat mangsa mesti membuat keputusan menyertai perniagaan kiosk pada MASA ITU JUGA (selepas pembentangan selesai).

8. Pengambilan deposit 30% dibuat dengan menggunakan kad kredit. Baki sebanyak 70% dibiayai melalui pinjaman peribadi dari bank (akan diuruskan oleh syarikat) atau pembiayaan berdasarkan komisyen yang diterima daripada syarikat, yakni sekiranya tiga (3) dari kenalan mangsa yang diperkenalkan berjaya dipengaruhi untuk menyertai perniagaan kiosk tersebut. Kaedah pembiayaan ‘members-get-members’ ini dikenali sebagai sistem ‘referral’.

9. Mangsa diberikan keutamaan bagi memilih lokasi untuk menempatkan kiosk. Lokasi-lokasi itu (universiti, kolej, hospital) dikatakan berpotensi memberi pulangan lumayan, memandangkan ramai pengguna akan melanggani perkhidmatan kiosk itu.

Dari segi taktik yang digunakan pula, ia adalah seperti yang berikut:

1. Pendaftaran pelbagai nama - Syarikat berkenaan beroperasi dengan menggunakan nama syarikat berbeza tetapi masih ada pautan dengan syarikat induk dengan tujuan yang sama.

2. Kad nama perunding perniagaan – Nama penuh perunding perniagaan tidak dinyatakan pada kad nama mereka. Ini dipercayai satu usaha supaya mangsa terkeliru dengan identiti sebenar perunding perniagaan itu.

3. Urusniaga tidak telus - Semasa sesi pembentangan, wakil syarikat sengaja menyembunyikan klausa pada resit yang menyatakan ‘deposit atau bayaran tidak dikembalikan’. Mangsa hanya menyedari mengenainya selepas resit dikeluarkan.

4. Penyalahgunaan surat rasmi - Syarikat menyalahgunakan salinan surat rasmi pihak berkuasa seperti KPDN & HEP, Sirim, MSC status, MESDAQ listed companies dan sebagainya untuk meyakinkan mangsa bahawa perniagaan mereka adalah sah. Mereka juga mendakwa perniagaan mereka mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Francise Association (MFA).

5. Pembiayaan bank/institusi kewangan - Bantuan mendapatkan pembiayaan daripada bank dipercayai adalah taktik bagi melengah-lengahkan masa, iaitu supaya mangsa tidak dapat menuntut kembali duit mereka selepas tempoh bertenang. Ini bermakna syarikat terbabit mengeksploitasi peruntukan undang-undang sedia ada, iaitu peruntukan mengenai tempoh bertenang ataupun grace period.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Thursday, January 20, 2011

Suami isteri rugi ditipu 'doktor'

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my



SARIP Sayed dan Salihah Biran sambil diperhatikan Saharudin menunjukkan salinan laporan polis dan baucar bayaran RM14,000 di Melaka, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



MELAKA 20 Jan. - Sepasang suami isteri hari ini mendakwa kerugian RM14,000 akibat ditipu seorang 'doktor' yang mengaku kononnya mampu mengubati penyakit kronik yang dihidapi mereka.

Akibatnya, pasangan itu bukan sahaja kehilangan wang simpanan Tabung Haji yang dikumpul sejak 10 tahun lalu, malah penyakit yang dihidapi juga dikatakan semakin melarat.

Sarip Sayed, 61, dan isterinya, Salihah Biran, 54, mendakwa, mereka tidak menyangka lelaki berusia 72 tahun yang mengaku dirinya sebagai doktor itu sanggup mengaut keuntungan mudah dengan menipu di sebalik perwatakan alim.

Menurut Salihah, kali pertama dia dan suami bertemu dengan 'doktor' tersebut adalah pada 14 Oktober 2009 di rumah lelaki itu di Taman Merak, Bukit Katil di sini.

Ketika itu, katanya, dia bercadang menjalani perubatan homeopati bagi merawat sakit urat dan batu karang yang dihidapinya, manakala suaminya menghidap kencing manis dan darah tinggi.

"Sampai di rumahnya, lelaki itu yang memakai stetoskop di leher memperkenalkan dirinya sebagai doktor.

"Dia kemudian mengambil gambar mata saya dan memaparkannya di skrin besar sebelum menjelaskan saya turut mempunyai penyakit buah pinggang yang perlu dirawat segera sebelum melarat," dakwanya.

Tambahnya, sepanjang sesi penerangan itu, lelaki tersebut tidak berhenti-henti menyebut nama Allah dan berjanji akan merawat penyakit mereka sehingga sembuh tetapi perlu menggunakan ubatan herba yang dibekalkan pada harga RM14,000.

Dia memberitahu, warga emas itu juga cuba menakutkan mereka dengan mengatakan sekiranya dibiar, buah pinggang akan rosak dan memerlukan perbelanjaan lebih tinggi sekitar RM100,000.

"Dia juga bijak memujuk kami supaya mengeluarkan simpanan di Tabung Haji dengan mengatakan tidak guna menunaikan haji sekiranya badan tidak sihat dan selalu sakit-sakit.

"Termakan dengan kata-katanya itu, saya dan suami pun bersetuju dan pada masa sama 'doktor' itu pula menggesa kami menyerahkan wang tersebut keesokan harinya sebelum pukul 11 pagi kerana perlu ke Kuala Lumpur segera untuk membeli ubat tersebut.

"Esoknya, pada 15 Oktober 2009, saya dan suami mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM12,000 dan serahkan kepada lelaki itu tanpa diberi sebarang ubat. Baki RM2,000 perlu dijelaskan di ibu pejabat klinik lelaki itu di Setapak, Kuala Lumpur," dakwanya lagi.

Salihah berkata, selang lima hari, dia dan suami pergi ke Kuala Lumpur dan di sana barulah mereka diberi bekalan ubat seperti dijanjikan, tetapi terkejut apabila mendapati kesemua tiga bungkusan ubat adalah sama sedangkan ia untuk rawatan penyakit yang berbeza.

Tambahnya, selepas sebulan menggunakan 'ubat' itu, penyakit yang dihadapi semakin teruk dan terkejut apabila 'doktor' terbabit mengarahkannya mendapatkan rawatan susulan di hospital sedangkan sebelum ini dia memberi jaminan mereka sekeluarga akan dirawat sehingga sembuh.

"Setelah tertipu, saya dan suami membuat laporan polis pada 8 Januari 2010 selain ke Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi kecewa apabila ditolak dengan alasan lelaki itu doktor profesional.

"Saya cuba menghubungi 'doktor' itu tetapi gagal malah ketiga-tiga cawangan pusat perubatan homeopatinya di Melaka, Kuala Lumpur dan Temerloh, juga ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, lelaki terbabit tidak pernah diiktiraf sebagai doktor, sebaliknya dia cuma pernah menjalani kursus latihan kedoktoran.

Tambahnya, beliau juga difahamkan hasil ujian makmal daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ubat-ubatan yang dibekalkan kepada keluarga itu tidak mempunyai kelulusan KKM.

"Saya lihat, memang ada unsur penipuan memandangkan semua cawangan pusat perubatan lelaki tersebut tidak lagi beroperasi, malah lelaki itu juga tidak dapat dihubungi," katanya.

Wednesday, January 19, 2011

ANDA MEMPUNYAI MASALAH?

Ashadi Zain mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menghadapi masalah melibatkan apa jua perkara bagi menghubunginya.

Masalah yang ada perlu diluahkan dan bukannya disimpan dalam hati. Moga melalui perbincangan dengan Ashadi Zain, maka masalah yang seakan berat itu dapat diperhalusi bersama.

Hubungi Ashadi Zain di ashadizain@gmail.com

INGIN MENJADI PENULIS?

Program Mentor-Mentee ASHADI ZAIN (Mentor-AZ)

Objektif-objektif utama:

1. Membina generasi masa depan yang cemerlang.

2. Menggilap bakat penulis, terutamanya penulis-penulis muda.

Kumpulan sasar utama:

Kanak-kanak/remaja dalam lingkungan umur 10-19 tahun. Bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas, anda digalakkan untuk terus menyertai Kumpulan Penyumbang Cerita Adam Kecil (K-PENCAK).

Peserta Mentor-AZ yang menunjukkan bakat dan kesungguhan yang tinggi akan diberi peluang untuk menulis buku secara bersama dengan Ashadi Zain. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Mentor-AZ ataupun K-PENCAK, sila emelkan nama anda kepada ashadizain@gmail.com

SENARAI BUKU ASHADI ZAIN

Ashadi Zain sudah berjaya menghasilkan 60 buah buku dalam pelbagai genre, merangkumi:
1. Buku kanak-kanak;
2. Buku remaja;
3. Buku motivasi;
4. Novel dewasa;
5. Buku bisnes;
6. Satira; dan
7. Karya terjemahan.

Senarai karya Ashadi Zain adalah seperti yang berikut:

Novel Dewasa
Rindu & Air Mata di Ktzi’ot (thriller)
Angkara Black Metal (thriller)
Perang Dunia Ketiga (thriller)
Pengembaraan Hang Jebat: Pencarian Merentas Zaman (semi thriller)
Dari Kepala Batas ke New Haven
Gadis Lolipop
Gadis Bubble Gum (prequel kepada Gadis Lolipop)

Buku Kanak-kanak
Debaran Buku Biru...; (Siri Adam Kecil)
Lari Dari Rumah; (Siri Adam Kecil)
Hampir Kena Tangkap; (Siri Adam Kecil)
Bertarung Dengan Kerengga; (Siri Adam Kecil)
Konspirasi Doktor; (Siri Adam Kecil)
Sungai Khayalan; (Siri Adam Kecil)
Dicakar Hantu; (Siri Adam Kecil)
Terlebih Makan; (Siri Adam Kecil)
Sakit Gigi; (Siri Adam Kecil)
Sedapnya! (Siri Adam Kecil)
Merdeka! (Siri Adam Kecil)
Koleksi Cerita Adam Kecil
Puteri Rimba; (Siri Si Manis Amni)
Tabib Kacak; (Siri Si Manis Amni)
Sumpahan Tok Malas (gamebook); (Siri Si Manis Amni)
Snuggles, Si Naga Manja; (Siri Si Manis Amni)
Operasi Penculik Miang; (Siri Si Manis Amni)
Bacakan Saya Satu Cerita
Sekolah Bakat
Tekad Khalili
Lebai Cilik: Ayam Perisa Racun
Koleksi Cerita Adam Kecil - Adam Diculik

Buku Remaja
Ke Alam Supraconscious; (Siri Budak Psikik)
Dendam Hevignas; (Siri Budak Psikik)
Gerak Hang Tuah; (Siri Budak Psikik)
Dendam Puteri Aisya; (Siri Budak Psikik)
Gusti Ayu Ratnasari; (Siri Budak Psikik)

Buku Bisnes
Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah
Strategi Bisnes Manchester United
Tip-tip Pengurusan Terbaru
Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan
66 Usahawan Malaysia
166 Tip Sales Efektif

Buku Motivasi
Mengapa Masih Termenung?
Cerita-cerita Motivasi Untuk Usahawan
Semulia Hati Guru

Buku Satira
Cinta Dewa Dewi
Perempuan, Jutawan dan....
Alamak, Bosku Seperti Hitler!

Karya Terjemahan
Rahsia Air Mata Khusyuk (Indonesia ke Melayu)
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah (Indonesia ke Melayu)
Dahsyatnya Qiamullail (Indonesia ke Melayu)
The Magic of Thinking Big (Indonesia ke Melayu)
Alexander adalah Zulqarnain (Indonesia ke Melayu)
Keranamu Aku Cemburu (Indonesia ke Melayu)
Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah (Indonesia ke Melayu)
Hebatnya Kuasa Istikharah (Indonesia ke Melayu)
Imejku...Caraku...Gayaku...Anggun (Indonesia ke Melayu)
7 Malam Pertama di Alam Kubur (Indonesia ke Melayu)
Armageddon 2012 (Indonesia ke Melayu)
Mukjizat Qiyammullail (Indonesia ke Melayu)
Munajat Malam (Indonesia ke Melayu)
The 7 Formulas of Excellent Individuals (Melayu ke Inggeris)


Buku-buku Ashadi Zain boleh didapati di semua kedai buku terkemuka, termasuklah MPH, Kinokuniya, Popular dan sebagainya.

Ia juga dapat dibeli secara atas talian (online) di laman sesawang MPH, Kinokuniya, Popular, Book Cafe dan lain-lain lagi.

Selepas 'diperangkap', kontrak diubahsuai

Komen berikut adalah susulan aduan seorang pengguna bahawa kontrak yang ditandatangani dengan sebuah syarikat diubah selepas dua bulan menggunakan perkhidmatan syarikat terbabit.

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Saya fikir badan penguatkuasa perlu mengambil perhatian akan isu yang berkaitan dengan pengubahsuaian kontrak.

Saya tidak merujuk ataupun menuduh mana-mana pihak mengubah kontrak tetapi secara umumnya, selepas sesuatu kontrak dimuktamadkan, ia tidak boleh diubah, MELAINKAN dengan persetujuan SEMUA pihak yang menandatangani perjanjian asal.

Asasnya, modus operandi yang digunakan bagi menipu pengguna dan mengaut keuntungan melalui pengubahsuaian kontrak adalah (sekali lagi, ini tidak merujuk pada mana-mana pihak):

1. Tawaran yang menarik dibuat bagi mendapatkan pelanggan.

2. Tawaran diteruskan bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan.

3. Tawaran dihentikan apabila syarikat terbabit sudah pun mendapat jumlah pelanggan yang dikehendaki, berdasarkan sasaran pendapatan dan keuntungan mereka. Maka ini bermakna bagi pelanggan baharu, mereka tidak lagi menikmati terma-terma menarik yang ditawarkan kepada pelanggan lama.

4. Kontrak diubahsuai, lantas menyebabkan kedudukan pelanggan lama menjadi setara dengan kedudukan pelanggan baharu, walhal kontrak yang ditandatangani adalah dua kontrak yang BERBEZA.

Sebenarnya, langkah 1 hingga 3 tidak salah dari segi undang-undang.

Ini kerana ia adalah strategi syarikat terbabit bagi mendapatkan pelanggan yang ramai dalam masa yang singkat.

Namun begitu, apabila masuk pada langkah keempat, maka perlanggaran undang-undang telah berlaku apabila kontrak bagi pelanggan lama ‘diselaraskan’ menurut kontrak bagi pelanggan baharu.

Kita sebagai pengguna tidak boleh membiarkan kontrak yang ditandatangani diubahsuai sewenang-wenangnya, tidak kiralah sama ada syarikat tersebut melibatkan sektor jalur lebar, perbankan, barangan pengguna, MLM dan sebagainya.

Pihak berkuasa juga perlulah mengambil tindakan segera dan tegas supaya hak pengguna dilindungi.

Dalam hal ini, Tribunal Pengguna juga memainkan peranan penting. Semalam sahaja, seorang pengguna berjaya mendapatkan ganti rugi daripada sebuah bengkel dengan melalui Tribunal Pengguna (berita penuh di: http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/kereta-kerap-rosak-bengkel-diarah-bayar.html

Moga penerangan di atas memberikan manfaat kepada kawan-kawan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Tuesday, January 18, 2011

KENALI DAN HUBUNGI ASHADI ZAIN

Ashadi Zain adalah penulis/penterjemah prolifik dan penasihat strategik dan taktikal. Beliau sudah menulis dan menterjemah (BM - English - BM, Indon - BM) hampir 60 buah buku dalam pelbagai genre, fiksyen dan bukan fiksyen. Beliau suka membawa pembaca ke situasi dan penghayatan yang menyeronokkan, unik dan bukan konvensional, agar para pembaca mendapat kepuasan membaca dan juga hikmah yang berguna. Buku-buku yang telah dihasilkannya adalah seperti yang berikut:

Novel Dewasa
Rindu & Air Mata di Ktzi’ot (thriller)
Angkara Black Metal (thriller)
Perang Dunia Ketiga (thriller)
Pengembaraan Hang Jebat: Pencarian Merentas Zaman (semi thriller)
Dari Kepala Batas ke New Haven
Gadis Lolipop
Gadis Bubble Gum (prequel kepada Gadis Lolipop)

Buku Kanak-kanak
Debaran Buku Biru...; (Siri Adam Kecil)
Lari Dari Rumah; (Siri Adam Kecil)
Hampir Kena Tangkap; (Siri Adam Kecil)
Bertarung Dengan Kerengga; (Siri Adam Kecil)
Konspirasi Doktor; (Siri Adam Kecil)
Sungai Khayalan; (Siri Adam Kecil)
Dicakar Hantu; (Siri Adam Kecil)
Terlebih Makan; (Siri Adam Kecil)
Sakit Gigi; (Siri Adam Kecil)
Sedapnya! (Siri Adam Kecil)
Merdeka! (Siri Adam Kecil)
Puteri Rimba; (Siri Si Manis Amni)
Tabib Kacak; (Siri Si Manis Amni)
Sumpahan Tok Malas (gamebook); (Siri Si Manis Amni)
Snuggles, Si Naga Manja; (Siri Si Manis Amni)
Operasi Penculik Miang; (Siri Si Manis Amni)
Bacakan Saya Satu Cerita
Sekolah Bakat
Tekad Khalili
Lebai Cilik: Ayam Perisa Racun
Koleksi Cerita Adam Kecil

Buku Remaja
Ke Alam Supraconscious; (Siri Budak Psikik)
Dendam Hevignas; (Siri Budak Psikik)
Gerak Hang Tuah; (Siri Budak Psikik)
Dendam Puteri Aisya; (Siri Budak Psikik)
Gusti Ayu Ratnasari; (Siri Budak Psikik)

Buku Bisnes
Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah
Strategi Bisnes Manchester United
Tip-tip Pengurusan Terbaru
Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan
66 Usahawan Malaysia
166 Tip Sales Efektif

Buku Motivasi
Mengapa Masih Termenung?
Cerita-cerita Motivasi Untuk Usahawan
Semulia Hati Guru

Buku Satira
Cinta Dewa Dewi
Perempuan, Jutawan dan....
Alamak, Bosku Seperti Hitler!

Karya Terjemahan
Rahsia Air Mata Khusyuk
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
Dahsyatnya Qiamullail
The Magic of Thinking Big
Alexander adalah Zulqarnain
Keranamu Aku Cemburu
Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
Hebatnya Kuasa Istikharah
Imejku...Caraku...Gayaku...Anggun
7 Malam Pertama di Alam Kubur
Armageddon 2012
Mukjizat Qiyammullail
Munajat Malam

Bagi mereka yang berminat menjadi penulis, ingin mendapatkan khidmat nasihatnya atau sekadar ingin bersilaturrahim, sila hubungi beliau di ashadizain@gmail.com

Komisyen 30%?

---------- Forwarded message ----------

From: Ria Citra
Date: 2010/12/20
Subject: BALASAN


Dear,

Perkenalkan nama saya Ria Citra Saya ringgal di London namun berasal dari Indonesia . Saya bertemu seorang bankir. Mr Clement berniat untuk datang berinvestasi di Indonesia.Dia menasihati saya untuk mencari seorang teman di Indonesia yang dapat membantu dia berinvestasi. Apakaha Anda bisa membantu Mr Clement?


Mr Clement sendiri adalah seorang Direktur Executive yang mengurus pengkreditan dan Nota Luar Negeri di Bank Of Citibank (UK) PLC. Beralamatkan di
11 Earl Grey Street Edinburgh
EH3 9B. Dia ingin mentransfer uang sebanyak
5,000,000.00 pounds dan menggunakannya untuk berinvestasi di Indonesia .

Apabila anda berminat membantu, mohon anda bisa membantu juga dalam:

1. Membantu dalam hal transfer dana yang dimaksud
2. Memberikan arahan dalam hal-hal yang patut diinvestasikan
3. Membantu membeli harta perumahan di Indonesia


Apabila anda berniat untuk membantu dia dalam tranksaksi ini, anda diberikan 30% dari jumlah dana 5,000,000.00 Pounds. Mr Clement akan sangat senang apabila anda bisa membantu dengan memberikan NOMOR TELEPON anda. Ini supaya Mr Clement bisa memberikan informasi lengkap tentang cara, prosedur dan berbagai macam hal yang berhubungan agar dana ini bisa ditransfer atau tersedia untuk anda.


Saya menunggu balasan dan reaksi positif anda.
Apabila anda BERMINAT membantu saya dan Mr.Clement, silahkan memberikan

BALASAN BERUPA EMAIL: KE citra_ria2010@hotmail.com

Hormat Ria

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Emel ini mempunyai beberapa keraguan:

1. Ia adalah bulk email kerana tidak menyertakan nama penerima emel itu. Ini bermakna emel ini dihantar kepada ramai orang, malah mungkin mencecah ribuan orang. Ini dilakukan bagi memaksimumkan kebarangkalian salah seorang penerima termakan dengan umpan mereka.

2. Jika Mr Clement adalah seorang pegawai tinggi di Citibank, mengapakah dia memerlukan seorang wakil yang tidak dikenalinya bagi membantunya melakukan pelaburan? Bukankah lebih mudah baginya memanfaatkan jaringan yang ada dengan Citibank Indonesia ataupun lain-lain bank antarabangsa/tempatan yang beroperasi di Indonesia?

3. Apa perlunya Mr Clement menggunakan pihak ketiga yang tidak dikenalinya bagi memindahkan dana pelaburannya ke Indonesia? Ini bukan sahaja meragukan, malah amat berisiko buat Mr Clement sendiri.

4. Apa perlunya Mr Clement, seorang pegawai tinggi Citibank meminta nasihat daripada pihak ketiga yang tidak dikenalinya bagi menentukan sektor-sektor ekonomi yang sesuai bagi dana pelaburannya? Sudah tentu dia sendiri sebagai pegawai tinggi Citibank dapat menentukan sektor ekonomi di Indonesia yang menawarkan kadar keuntungan paling tinggi ataupun meminta nasihat daripada institusi kewangan tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di Indonesia.

Moga analisis ringkas ini dapat membantu kawan-kawan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Kereta kerap rosak, bengkel diarah bayar ganti rugi kepada pelanggan

PUTRAJAYA 18 Jan. 2011 - Setelah tidak tahan dengan kerenah pemilik bengkel yang sentiasa berdalih apabila dipersoalkan mengenai kerosakan keretanya selepas tiga kali dibaiki di bengkel sama, menyebabkan seorang pekerja swasta, Nik Abdullah Nik Aris melaporkan perkara itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menurut Nik Abdullah, kereta jenis Proton Wira miliknya mengalami kerosakan teruk apabila terlibat dalam satu kemalangan di Sepang pertengahan tahun lalu.

Katanya, untuk membaik pulih kenderaannya ketika itu, trak penunda telah menghantar kereta tersebut ke Lam Koon Sum Car Service Center Sdn. Bhd. yang terletak di Balakong dekat sini.

"Bagaimanapun selepas dihantar hampir sebulan, kereta saya masih gagal disiapkan. Setelah itu saya menghubungi bengkel tersebut dan mereka berjanji untuk menyiapkan kereta saya.

"Pada mulanya, pihak bengkel mendakwa kereta saya tidak dapat dibaiki kerana kerugian penuh berjumlah RM15,000 sedangkan insuran kereta saya hanya menanggung kos setakat RM10,000 sahaja," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi pendengaran di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini hari ini.

Menurut Nik Abdullah, selepas mengambil keputusan untuk tidak membaiki kenderaannya di bengkel tersebut, beliau dimaklumkan kerugian penuh kenderaannya telah dikurangkan kepada RM6,000.

"Selepas itu saya setuju untuk membaiki kenderaan di situ, namun selepas mengambil kenderaan yang siap dibaiki pada Julai tahun lalu, saya dapati kereta tidak dibaiki dengan sempurna.

"Saya kemudian menghantar kembali kereta ke bengkel sebanyak tiga kali, namun keadaannya tetap sama dan saya hampir ditimpa kemalangan selepas kereta yang dinaiki tiba-tiba 'mati' dan berasap semasa di jalan raya," katanya.

Setelah merasakan tertipu dan dipermainkan, Nik Abdullah kemudian membuat laporan polis di balai polis Kajang sebelum dinasihatkan anggota bertugas membaiki kereta tersebut di bengkel lain serta menuntut ganti rugi di TTPM.

"Saya kemudian menghantar kereta ke sebuah bengkel lain untuk dibaiki dan perbelanjaannya hanya RM2,900 berbanding kos yang dikenakan sebelum ini iaitu RM4,900.

"Oleh itu, saya menuntut ganti rugi sebanyak RM2,900 daripada pihak Lam Koon Sum Car Service Center Sdn. Bhd. dan saya bersyukur kerana berjaya dalam tuntutan tersebut hari ini," katanya.

Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Siti Naa Aishah Hambali memerintahkan Lam Koon Sum Car Service Center Sdn. Bhd. membayar RM2,900 kepada Nik Abdullah kerana gagal melaksanakan tanggungjawab membaiki kereta pelanggannya dengan sempurna.

Dalam penghakimannya, Siti Naa Aishah berkata, Lam Koon Sum Car Service Center Sdn. Bhd. diperintah membayar jumlah itu kepada Nik Abdullah dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman dibuat.

Dalam pada itu, Siti Naa Aishah turut menasihati wakil bengkel tersebut supaya menjalankan peniagaan dengan jujur dan tidak menjadikan pengguna sebagai mangsa keadaan.

Anak luar nikah mewujudkan 'industri' baharu

Laporan di bawah menunjukkan bahawa kebanjiran anak luar nikah di Malaysia akibat perzinaan (sama ada oleh rakyat tempatan ataupun warga asing) telah mewujudkan satu 'industri' baharu, iaitu industri/sindiket menjual bayi secara haram.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/


Sindiket jual bayi dikesan miliki rangkaian negara jiran

KUALA LUMPUR 18 Jan. 2011 - Sindiket penjualan bayi yang ditumpaskan polis di sekitar Lembah Klang minggu lalu, dikesan mempunyai rangkaian antarabangsa melibatkan negara-negara jiran.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, hasil siasatan mendapati sindiket terbabit aktif di sekitar Lembah Klang, Sarawak dan Johor.

Katanya, siasatan mendapati sindiket itu dipercayai beroperasi di selatan tanah air.

"Sindiket itu menjual bayi dengan harga RM15,000 hingga RM20,000 bergantung kepada kesihatan dan rupa paras. Polis tidak menolak kemungkinan bayi-bayi itu 'dieksport' ke negara jiran termasuk di selatan tanah air.

"Sehubungan itu, satu jalinan kerjasama antarabangsa akan dibentuk bagi menangani sindiket penjualan bayi berkenaan daripada terus berleluasa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Mohd. Bakri memberitahu, sindiket yang terbesar setakat ini berjaya ditumpaskan itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket di Sarawak, Julai tahun lalu.

Katanya, dalam kejayaan itu, polis berjaya menahan sembilan individu termasuk empat warga asing berusia 20 hingga 50 tahun di sekitar Lembah Klang.

"Seorang bayi perempuan berkulit cerah berusia seminggu berjaya diselamatkan manakala dua wanita termasuk seorang warga negara Indonesia diberkas dalam serbuan di tempat letak kereta di pasar raya Tesco, Ampang, di sini Jumaat lalu.

"Keesokan harinya pula, polis berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berkulit gelap berusia lima hari dan memberkas empat wanita termasuk dua warga negara asing dalam serbuan kedua di sebuah klinik swasta di Selayang.

"Hasil tangkapan terbabit, polis berjaya mengesan sebuah rumah dan menyelamatkan seorang lagi bayi perempuan dan ibu kepada bayi lelaki itu.

"Selain itu dua wanita hamil berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun, seorang wanita tempatan dan seorang lelaki tempatan," katanya.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan satu sindiket menjual bayi tumpas selepas polis menyerbu sebuah klinik dan sebuah rumah di Subang Jaya.

Dua bayi berusia tiga dan empat hari berjaya diselamatkan dalam serbuan tersebut dan polis menahan empat wanita termasuk dua warga asing selain merampas berpuluh sijil kelahiran yang sudah diisi dan kosong.

Dalam pada itu, Mohd. Bakri berkata, kesemua mereka yang ditahan kini direman sehingga 22 Januari ini.

"Tangkapan baru berkenaan menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan seramai 30 orang termasuk pemilik klinik dan pasangan suami isteri doktor selain 22 bayi berjaya diselamatkan.

"Polis juga akan menyiasat tindakan individu terbabit menjual bayi kepada sindiket adalah kerana terpaksa atau sukarela dan sama ada terdapat dalang dalam agensi yang mengeluarkan dokumen kelahiran bayi," katanya.

Mohd. Bakri memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket penjualan bayi terbabit melibatkan anak luar nikah bagaimanapun siasatan mengenainya masih dijalankan.

Katanya, dalam serbuan terbaru itu, polis turut merampas wang pendahuluan sebanyak RM3,000, dokumen-dokumen berkaitan sijil kelahiran, cop dan lain-lain peralatan.

"Berdasarkan bahan bukti berkenaan, pihak polis percaya wujudnya penglibatan doktor, kakitangan klinik dan agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam proses mengeluarkan dokumen sijil kelahiran.

"Kesemua bayi dan wanita mengandung tersebut kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

"Siasatan menjurus ke arah siapa pembekal, penjual dan pembeli. Jadi mana-mana pasangan yang ingin mengambil anak angkat dinasihatkan ikut prosedur yang betul," katanya.

Atasi kesedaran sivik yang semakin merudum

Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan semua tentang kesedaran sivik yang jelas semakin merudum di negara kita yang tercinta ini. Perhatikan sahaja di sekeliling kita, maka kita akan melihat buktinya. Misalnya adalah:

1. Melakukan pembakaran secara terbuka.

2. Meletakkan kereta sesuka hati, terutamanya parkir berganda (double parking). Ya, memanglah kadangkala kita terpaksa memarkir kereta secara double parking. Tetapi pastikan kita berada di dalam kereta ataupun sentiasa melihat-lihat kalau-kalau kereta yang kita hadang itu ingin keluar.

3. Memasuki jalan no entry ataupun jalan sehala tanpa peduli.

4. Menghalang laluan kenderaan lain, malah ada juga yang meletakkan kereta di depan rumah orang lain.

5. Dan sebagainya.

Mungkin ada yang berpandangan bahawa perkara di atas bukan isu besar. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa kebakaran hutan yang luas bermula dari percikan api yang kecil. Kita perlu mencegah sesuatu masalah daripada berlaku ataupun menanganinya semasa masalah itu masih kecil dan terkawal.

Jika tidak, kita akan berhadapan dengan situasi yang mana masyarakat kita menjadi masyarakat anarkis yang tidak mengendahkan undang-undang dan kemaslahatan orang lain. Kebimbangan ini ada asasnya, iaitu berdasarkan dua laporan berita hari ini, yang mana orang ramai bukan hanya tidak membantu mangsa kemalangan, malah mencuri barangan mangsa, iaitu syiling dan yogurt (berita penuh di bawah ini).

Moga sedikit perkongsian saya ini mendatangkan manfaat kepada kawan-kawan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/



Bergadai nyawa kutip syiling RM75,000

REMBAU 18 Jan. 2011 - Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.
Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.
Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.
Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.
"Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.
"Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan," ujarnya di sini hari ini.
Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.
"Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.
"Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat," katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.
Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.
Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.
Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai 'hilang pertimbangan' sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.
Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.


VAN YOGURT TERBALIK


Beribu-ribu botol yogurt bertaburan selepas van yang membawanya terbalik di Hulu Selangor, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



HULU SELANGOR 18 Jan. - Kemalangan melibatkan van di Kilometer 424.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Tagar di sini, malam semalam, menarik perhatian pengguna lebuh raya berkenaan.

Beberapa pemandu sanggup memberhentikan kenderaan tetapi bukan untuk membantu mangsa kemalangan sebaliknya berebut-rebut memungut barangan yang tercampak dari van berkenaan.

Mana tidaknya, van yang terlibat dalam kemalangan itu membawa beribu-ribu botol minuman yogurt jenama terkenal.

Insiden tersebut berlaku pukul 11 malam semasa van terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke utara.

Tiba di tempat kejadian, tayar belakang van terbabit pecah menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik.

Van terbabit kemudian dirempuh oleh sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki yang tidak sempat mengelak.

Lelaki terbabit mengalami kecederaan di kaki, manakala pemandu van, Mohd. Fazrein Abdullah, 22, mendapat kecederaan di kepala dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kemalangan itu menyebabkan beribu-ribu botol minuman yogurt yang dibawa bertaburan di atas jalan raya.

Sepasukan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dibantu pekerja penyelenggara lebuh raya, mengambil masa kira-kira setengah jam untuk membersihkannya

Monday, January 17, 2011

Mentaliti Cari Makan Membelenggui Umat Islam

Kita terlalu lemah dari segi kerja amar makruf nahi mungkar (saya merujuk pada diri saya sendiri yang lemah imannya).

Selain kurang tarbiah yang menjadi puncanya, salah satu sebab umat Islam kini memandang remeh kerja amar makruf nahi mungkar adalah kerana 'mentaliti cari makan' sudah sebati dalam diri mereka.

Mentaliti cari makan merujuk pada mentaliti yang mana umat Islam menganggap matlamat kehidupan ini semata-mata untuk cari makan dan kemudiannya hanya survive di alam dunia, tanpa memikirkan kemaslahatan orang lain.

Mentaliti cari makan ini kemudiannya akan berkembang kepada dua kategori, iaitu:

1. Mentaliti nafsi-nafsi, iaitu mentaliti, "Asalkan aku selamat (survive), apa aku peduli orang lain."

2. Mentaliti pemangsa, iaitu mentaliti yang lebih teruk lagi. Mereka yang mempunyai mentaliti seperti inilah yang berasa bahawa tiada salahnya mereka menzalimi orang lain, termasuklah menipu orang (seperti kes penipuan yang banyak dipaparkan dalam blog SEMAK PENIPUAN PPIM). Alasan mereka adalah, “Aku perlu survive.”

Umat Islam perlu membebaskan diri dari mentaliti cari makan dengan berhijrah kepada mentaliti persaudaraan, yang mana ia didasari falsafah cubit paha kiri, paha kanan terasa jua.

Maaf jika ada kekurangan dalam penjelasan saya. Minta dilindungi daripada mentaliti seperti ini, walaupun diri ini sering terperangkap dengan nafsu dan godaan syaitan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Sunday, January 16, 2011

Komen Ashadi Zain mengenai berurusan dengan orang tengah

Kita sebagai pengguna perlu mengelakkan diri dari berurusan dengan orang tengah (jika tidak perlu)kerana ada risiko ditipu. Berurusanlah secara terus dengan organisasi berkaitan.

Selain itu, berurusan dengan orang tengah juga mendedahkan kita pada risiko rasuah, iaitu apabila orang tengah itu sebenarnya adalah 'ulat'.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Ditipu Dato' Maya?

Bagi manfaat para pembaca yang mungkin mengalami kesukaran membaca tulisan pengadu, saya telah meringkaskan aduannya, seperti yang berikut:

1. Pada 14/1/2011, pengadu pergi ke OUB Bank, Jalan Raja Laut untuk bertemu dengan seorang wanita yang bernama Dato’ Maya.

2. Janji Dato’ Maya: Menukarkan USD kepada RM pada kadar RM3.70 bagi setiap USD.

3. Pengadu menyerahkan USD30,000 kepada Dato’ Maya bagi ditukarkan.

4. Pengadu dan rakan disuruh menunggu di luar bank sementara Dato’ Maya berkata dia ingin berjumpa dengan CEO OUB Bank, yakni bagi urusan penukaran.

5. 15 minit kemudian, Dato’ Maya kembali dan menyuruh pengadu menunggu atas alasan bank memerlukan masa bagi mengira dan menyusun wang. Dato’ Maya mengatakan wang akan diserahkan kepada mereka oleh seorang runner.

6. Sehingga jam 5.45 petang, wang belum diserahkan.

7. Dato’ Maya meminta pengadu datang lagi keesokan harinya.

8. Namun wang tidak juga diserahkan.

Melalui pembacaan yang saya lakukan, aduan ini adalah berasaskan dua kemusykilan:

1. Pengadu dijanjikan kadar tukaran yang lebih tinggi daripada kadar semasa pada 14/1/2011, iaitu RM3.70 bagi setiap USD, sedangkan kadar RM berbanding USD pada tarikh tersebut adalah kurang daripada RM3.70. Maka pengadu dijanjikan keuntungan atas penukaran USD kepada RM.

2. Selepas wang diberikan, tukarannya dalam RM tidak dikembalikan kepada pengadu.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Komen Ashadi Zain mengenai nasi lemak yang menggunakan logo halal palsu

Pewaris Buat Laporan Polis Nasi Lemak Guna Logo Tanda Halal Palsu

GEORGE TOWN, 15 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung tindakan sebuah syarikat pengeluar nasi lemak bukan lslam di Juru yang didakwa menggunakan logo halal palsu.

Presiden Pewaris negeri Sabaruddin Ahmad berkata berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai, nasi lemak itu dijual di sekitar Pulau Pinang.

Beliau berkata nasi lemak itu dipercayai dijual kawasan perumahan serta kilang sekitar Pulau Pinang terutamanya kawasan Jalan Tengah, Bukit Jambul, Kampung Jawa, Bayan Baru dan George Town.

"Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mengganggu sensitiviti orang Islam. Tidak kisah bangsa apa sekalipun, sekiranya ia mempunyai tanda halal yang diiktiraf, kita boleh terima.

"Sebaliknya ini jelas menunjukkan tanda halal nasi lemak itu palsu dan bukannya dikeluarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru, di sini.

Beliau menggesa Jakim dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim supaya memantau logo halal yang digunakan oleh pengusaha di negeri ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan umat Islam.

Kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan balai polis berkenaan untuk membantah tindakan pengusaha berkenaan.

-- BERNAMA

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Logo halal terus disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tetapi dalam soal makanan halal, sebilangan umat Islam juga perlu dipertanggungjawabkan.

Ini kerana terdapat ramai di kalangan kita yang mengambil mudah tentang aspek halal.

Terdapat ramai umat Islam yang mana walaupun mereka tahu bahawa status halal sesebuah premis makanan diragui, namun mereka mengambil mudah perkara itu. Mereka tetap makan di premis tersebut.

Maka di kala pihak berkuasa perlu lebih berkesan dari segi penguatkuasaan, umat Islam sendiri perlu meningkatkan kesedaran di kalangan mereka tentang kepentingan faktor halal dalam kehidupan.

Mengenai kenaikan harga barang pula, semalam saya melakukan tinjauan ringkas dan mendapati bahawa ada premis makanan sudah pun membuat keputusan bagi menaikkan harga.

Apabila ditanya, jawapannya adalah ia tidak dapat dielakkan ekoran kenaikan harga minyak, gula, tepung dan lain-lain bahan. Sekadar berkongsi sedikit maklumat dengan para pengguna semua.

Seperkara lagi yang mengundang perhatian saya adalah kematian warga Ireland akibat digigit anjing.

Perlu diingat bahawa anjing yang menggigitnya bukanlah anjing liar, tetapi adalah anjing peliharaan kawan yang jinak dengannya (berita penuh di:
http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/pelancong-ireland-mati-digigit-anjing.html

Jadi, kalau anjing yang jinak pun boleh membunuh, inikan pula anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan.

Saya berharap supaya pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Para pemilik anjing juga perlu bertanggungjawab menjaga anjing masing-masing bagi memastikan keselamatan dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Dalam pada itu, anjing tetap makhluk Allah yang mempunyai peranannya. Malah dalam Islam, anjing boleh digunakan bagi menjaga keselamatan dan juga berburu.

Namun pada ketika yang sama, langkah-langkah bagi mengelakkan terjadinya sebarang perkara yang tidak diingini perlu sentiasa diambil.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Pelancong Ireland mati digigit anjing

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

2011/01/10


POLIS mengangkat mayat Maurice di tanah persendirian di Teluk Bahang, Pulau Pinang, semalam.Mangsa, kekasih sukarelawan ladang organik

GEORGETOWN: Seorang pelancong warga Ireland berusia 50 tahun mati selepas diserang dua ekor anjing dipelihara seorang pemilik ladang organik di Teluk Bahang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Sullivan Maurice, mati di tempat kejadian di ladang itu yang terletak 50 meter dari rumah pemilik anjing, akibat cedera parah di lengan dan paha, manakala dagunya hampir tercabut, selain kedua-dua belah telinga putus. Bagaimanapun, teman wanita mangsa, seorang warga Poland berusia 28 tahun, yang turut berada di tempat kejadian tidak diserang anjing berkenaan. Kedua-dua anjing itu dikatakan jinak, tidak diikat pemilik ladang. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

Pemilik ladang itu dikenali sebagai Teoh, 41, berkata pasangan itu tiba di sini kira-kira jam 11 pagi kelmarin untuk menjadi sukarelawan di ladangnya serta bercadang merakam gambar pokok durian, selepas mereka berkenalan melalui internet.

Pasangan itu juga sudah mesra dengan kedua-dua ekor anjing berkenaan walaupun baru tiba di ladang itu, malah petang kelmarin mereka bermain-main dengan haiwan itu.

Sebelum kejadian, pasangan itu baru saja keluar rumah. Bagaimanapun, secara tiba-tiba anjing itu menyerang Maurice yang berada di belakang, tetapi teman wanitanya yang berada di depan terselamat.
“Ketika kejadian, isteri saya berada dalam rumah terdengar bunyi anjing menyalak dan apabila keluar mendapati anjing sudah menyerang mangsa. Kami cuba menolong Maurice tetapi terlambat.

“Kami tidak sangka anjing yang sudah mesra bersama Maurice kelmarin, menggigit sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Teoh berkata, dua ekor anjingnya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, berkata pihaknya difahamkan mangsa bersama kekasihnya datang ke ladang untuk merakam gambar bagi dimuat naik ke laman web mereka.

SPNB nasihat usah tertipu beli flet RM200,000

2011/01/17
KUALA LUMPUR: Bakal pembeli rumah dinasihatkan supaya berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan membeli flet kos rendah yang dijual semula pada harga RM200,000, kata Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Harun.

Katanya, flet kos rendah yang dijual semula pada harga RM200,000 sepatutnya mempunyai ciri mewah atau hasil binaan berkualiti hampir menyamai flet kos sederhana atau pangsapuri. Beliau berkata, ia termasuk memiliki keluasan lantai melebihi 1,000 kaki persegi, kekemasan hasil kerja yang tinggi seperti dipasang lantai marmar, gaya eksklusif, dilengkapi perabot dan berada di lokasi strategik. Rumah berkenaan juga memiliki kemudahan setaraf atau hampir sama dengan pangsapuri mewah atau kondominium ketika ini seperti kolam renang, pengawal keselamatan dan tempat letak kereta persendirian.

“Ciri mewah itu perlu ada jika ada pihak hendak menjual semula flet kos rendah pada harga RM200,000. Jika sesebuah flet dijual semula pada harga itu, ia bukan lagi jenis kos rendah.

“Pada saya jika mencecah RM200,000, ia mesti mempunyai ketrampilan, bernilai tinggi dan berbaloi untuk setiap ringgit dibayar pembeli bagi memiliki sebuah rumah,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Berita Minggu semalam mengenai unjuran dibuat Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bahawa harga jualan semula sebuah flet kos rendah di bandar utama negara ini di pasaran terbuka mencecah RM200,000 dalam tempoh empat tahun lagi.
Anggaran kenaikan harga sehingga 400 peratus itu selepas mengambil kira harga jualan semula dan nilai hartanah semasa.

Idris berkata, ketika ini sudah ada flet dibina pemaju dijual pada harga sekitar RM180,000, tetapi ia mempunyai kelebihan seperti jawatankuasa pengurusan, dilengkapi kemudahan kolam renang dan taman rekreasi serta khidmat pengawal.

“Rumah seperti ini tetap menjadi pilihan pembeli kerana mereka mempunyai kemampuan kewangan, terutama pasangan baru berkahwin,” katanya

Saturday, January 15, 2011

Ciri-ciri MLM yang perlu diwaspadai

Antara ciri MLM yang patut diwaspadai adalah:

1. Ia tidak melibatkan sebarang produk atau barangan.

2. Kalau pun ia melibatkan produk, harganya adalah jauh lebih mahal daripada produk yang setara kualiti dengannya.

3. Produk yang dijual tidak mendatangkan manfaat yang jelas.

4. Produk yang dijual adalah berasaskan teori atau kajian saintifik yang tiada asasnya.

5. Penekanan tidak diberikan pada produk tetapi pada usaha penajaan. Bagi MLM yang langsung tidak menjual produk, penekanan semata-mata diberikan pada penajaan, yang mana akhirnya, duit menjadi ‘produk’ (dalam industri MLM, ini sering dipanggil skim main duit).

6. Ahli baharu dipaksa membeli stok dalam jumlah yang banyak, hingga mencecah ribuan ringgit.

7. Dan sebagainya.

Moga penerangan ringkas yang saya berikan ini mendatangkan manfaat pada kawan-kawan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Taktik peramal nombor ekor

Saya ingin menarik perhatian anda semua mengenai satu taktik penipuan yang menggunakan kaedah mel terus (direct mail).

Ia adalah mengenai nombor ekor, yang mana sindiket itu menghantar risalah ke rumah-rumah.

Dalam risalah itu, mereka menerangkan betapa kononnya ada seorang peramal yang mampu memberikan nombor ekor yang akan menang dalam cabutan seterusnya.

Bagi meyakinkan pengguna, mereka hingga ke tahap memaparkan slip kemenangan yang kononnya diperoleh oleh salah seorang pelanggan mereka.

Maka berhati-hatilah dengan taktik seperti ini.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Thursday, January 13, 2011

Apa sudah jadi?

Ekoran aduan, azan masjid Kg Kerinchi diperlahan

Abdul Rahim Sabri
Jan 13, 11
6:44pmKongsi 1496Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.

Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.

Arahan pihak atasan

Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.

Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.

Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.

Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".

Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".

Majlis Ayahanda Malaysia

Selain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).

"Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.

Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.

"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.

Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.

Korban isteri, anak bayar hutang along

Korban isteri, anak bayar hutang along


2011/01/14
JOHOR BAHRU: Ada peminjam yang berhutang melebihi RM100,000 dengan along di negeri ini terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsaikan hutang.

Ia adalah sebahagian daripada 100 laporan ancaman along terhadap peminjam yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta yang diterima oleh Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sepanjang tahun lalu. Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata selain merampas isteri atau anak perempuan, beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan berdepan risiko kehilangan perniagaan mereka selepas dijadikan cagaran kepada along. “Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman yang sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,” katanya semalam.

Tay juga mendedahkan peminjam yang mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa meminjam daripada ceti haram lain bagi melunaskan hutang pertama sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.

“Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. |Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,” katanya.

Beliau juga mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan orang along.
Lelaki berusia 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anak berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan, demi menyelamatkan diri daripada ancaman along.

Awas dengan penipuan ini

3 warga Peru dipenjara 18 bulan

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
pengarang@utusan.com.my



NICANOR Edgar Areche Aquipa (depan), Sosaya Carraso Jose Wilfredo (kiri) dan Henry Fernando Carrascal Carlin (dua dari kiri) ketika dibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam. - Utusan/AZLAN BAHRUM

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA TERENGGANU 13 Jan. - Tiga lelaki warga Peru dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memperdayakan seorang wanita tempatan dan mengeluarkan wang mangsa sebanyak RM3,500 melalui mesin juruwang automatik (ATM) pada September tahun lalu.

Hakim M. Bakri Abd. Majid memutuskan demikian setelah ketiga-tiga tertuduh, Sosaya Carraso Jose Wilfredo, 57; Henry Fernando Carrascal Carlin, 44; dan Nicanor Edgar Areche Aquipa, 44, mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Hukuman itu dijatuhkan selepas hakim mendengar rayuan tertuduh-tertuduh dalam bahasa Sepanyol yang diterjemahkan oleh penterjemah dari Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Norazrin Zakaria.

Norazrin dilantik sebagai jurubahasa memandangkan ketiga-tiga tertuduh tidak boleh berbahasa Inggeris dan hanya tahu berbahasa Sepanyol.

Ketiga-tiga lelaki itu mengaku secara bersama melakukan tiga pengeluaran pada mesin ATM Maybank Berhad berjumlah RM3,500 daripada akaun simpanan milik Ma Kalthum Salleh, 38.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di mesin ATM di Maybank Berhad, Lot 405 dan 406, Jalan Besar, Besut antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 19 September tahun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, semasa Ma Kalthum sedang membuat pengeluaran wang di mesin ATM itu, bahunya ditepuk oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menunjukkan terdapat beberapa keping wang kertas bertaburan di lantai.

Wanita itu kemudian tunduk dan mengutip wang tersebut tetapi setelah selesai membuat pengeluaran wang dan mengambil kembali kadnya dari mesin ATM, dia mendapati kad itu berlainan daripada kad miliknya.

Semakan dengan pihak bank mendapati RM3,500 daripada akaunnya telah dikeluarkan sebelum bank sempat membatalkan kad berkenaan.

Siasatan polis mendapati imej semua tertuduh dan Ma Kalthum terdapat dalam rakaman kamera litar tertutup bank itu.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh mendakwa telah insaf dan ingin meminta maaf kepada mangsa berikutan kesusahan yang terpaksa dihadapi selepas kejadian tersebut.

Di mahkamah berasingan, Carlin dihukum penjara enam bulan setelah mengaku bersalah menggunakan cop keselamatan palsu pada pasport miliknya ketika memasuki negara ini.

Hakim Tuan Azman Tuan Mustapha memerintahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Shamril Afzan Mohamed Hasim yang dilantik oleh Kedutaan Peru.

Komen Ashadi Zain mengenai penipuan menang loteri

Fw: Fwd: CONGRATULATIONS!!! YOU HAVE WON £500,000,00

---------- Forwarded message ----------
From: Robert Kapche
Date: Wed, Apr 28, 2010 at 2:38 AM
Subject: CONGRATULATIONS!!! YOU HAVE WON £500,000,00
To:

YAHOO!-MICROSOFT FINANCIAL
PROMOTIONS DEPARTMENT UK.
REF:MICRO-YAHOO7/315116127/27
BATCH No:15/623/UK.
Registered Lottery No: 220949.

We hereby announce the official notification of the results of the
Yahoo!-Microsoft Financial Promotions held this Month in which your
e-mail address emerged winner.Your e-mail address attached to ticket
number 883734657492-5319 with serial number 7263-267, batch number
8254297137,lottery ref number 7336065782 and drew lucky numbers
14-22-28-37-40-44 which consequently won you the cash prize in the 1st
category, you have therefore been approved for a lump sum pay out of
?500,000,00 (i.e Five Hundred Thousand United Kingdom Pounds).Please note that
this Promotional Programme tagged "Thanks for contributing to our
financial Sucess" was sponsored and organized by the Yahoo! Microsoft
Corporation in view of the Financial benefits YAHOO! have received from
its numerous customers either through adverts, hosting and personal
emails.

The reason this lottery was organized is to thank the numerous public
including users and non-users of YAHOO! MAIL for the financial benefits
THE YAHOO! MICROSOFT CORPORATION have received as a result of their
Patronage last Year.This Lottery is approved and licensed by the
International Association of Gaming Regulators (IAGR). This lottery is the
first of its kind organised by YAHOO! MICROSOFT In view of this, your Five
Hundred Thousand United Kingdom Pounds (?500,000,00) would be released to you by
the claims office here in UK. The reason this lottery was organized is to
thank the numerous public including users and non-users of YAHOO! MAIL for
the financial benefits THE MICROSOFT-YAHOO! CORPORATION have received as a
result of their Patronage last Year.

For processing and remittance of your winnings, Beneficiaries who have
previously received this notification letter are advised to once again
contact their assigned Remittance Director with his new email address
below;

Contact Info:
Mr.Greg Smith
Yahoo Office
Remittance Director
Yahoo!-Microsoft Promotions Unit.
44 Moorfields London EC2Y 9AL UNITED KINGDOM
Contact Number: +44 702 402 6681
Email: mr_gregsmithmanagerdept001@hotmail.com

APPLICATION FOR PRIZE CLAIM
(Receipt Official Notification Letter)
FULL NAMES................................
CONTACT ADDRESS......................
COUNTRY....................................
SEX:...........................................
AGE............................................
MARITAL STATUS.........................
OCCUPATION..............................
NATION ALITY.............................
TELEPHONE NUMBER....................
HAVE YOU A PASSPORT OR LICENCE(Proof Of Identity):
BATCH NUMBER. ........................
REFERENCE NUMBER...................

Once Again Thanks For Contributing To Our Financial Success!!!

Yours Sincerely,
Robert Kapche
Chief Executive Officer
Yahoo!-Microsoft Corporation

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Emel ini mempunyai beberapa unsur penipuan yang ketara, iaitu:

1. Bagi membolehkan seseorang memenangi loteri (yang sememangnya haram dalam Islam), dia perlu bertaruh terlebih dahulu. Mana mungkin seseorang memenangi loteri tanpa meletakkan wangnya terlebih dahulu, malah menang pula dalam jumlah yang besar, iaitu 500,000.

2. Bila masa pula Yahoo dan Microsoft membabitkan diri dalam aktiviti seperti ini? Ini satu persoalan yang menunjukkan terdapat unsur penipuan.

3. Penghantar emel ini mengatakan bahawa pemberian wang ini adalah bagi menghargai para pelanggan dan juga mereka yang tidak menjadi pelanggan mereka. Sekalipun Microsoft dan Yahoo ingin menghargai pelanggan mereka, ia tidak akan dilakukan melalui wadah loteri.

4. Selain itu, adalah tidak masuk akal bagi Microsoft dan Yahoo memberikan insentif kepada individu yang tidak melanggani perkhidmatan mereka.

5. Siapa pula Robert Kapche yang dikatakan CEO Yahoo-Microsoft Corporation?

6. Bila masa pula Yahoo dan Microsoft bergabung?

Moga analisis ringkas yang saya utarakan ini dapat membantu para netters.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

ps: Berita terbaharu bahan api - Harga minyak RON97 kini naik 10 sen. Berita lanjut mengenainya di http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/ron97-minyak-tanah-naik-10-sen-lagi.html

Wednesday, January 12, 2011

Komen Ashadi Zain mengenai organisasi yang dipersalahkan atas tindakan segelintir ahlinya

Dakwa ditipu ahli PPIM

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


ROSLIN menunjukkan salinan aduan polis yang dibuat mengenai dakwaannya ditipu ahli PPIM di Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Seorang peniaga wanita tidak menyangka rakannya yang juga ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sanggup menipunya sehingga mengalami kerugian kira-kira RM200,000.

Peniaga tersebut, Roslin Bakar, 40, berkata, rakannya itu merupakan kenalan lama kerana mereka pernah tinggal berjiran sejak kecil lagi.

"Saya pada awalnya mengusahakan syarikat hiasan dalaman sejak tahun 2007 tetapi setelah ditipu, syarikat saya terpaksa gulung tikar kerana tiada modal pusingan," ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Dakwa Roslin, semuanya bermula apabila dia meminjamkan wang sebanyak RM200,000 kepada rakannya itu secara berperingkat-peringkat selama lima bulan dan ia dibuat atas dasar kawan simpati.

"Niat saya ingin tolong dia. Dia janji selepas dapat projek, dia akan bayar habis berserta 30 peratus keuntungan projek," jelasnya.

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:
Ya, benar, rakyatgusar. Memang ramai orang yang begitu. Semasa hendak meminjam duit, janji yang ditabur begitu indah.

Kemudian, apabila hutang dituntut, pelbagai alasan diberikan. Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, tabiat liat membayar hutang di kalangan orang Melayu sebenarnya dapat menjejaskan ekonomi orang Melayu secara keseluruhannya.

Mengenai isu ini pula, adalah tidak adil bagi PPIM dipersalahkan atas tindakan segelintir ahlinya yang tidak bertanggungjawab (jika dakwaan ini benar).

Prinsipnya mudah sahaja… misalnya, jika sesikat pisang yang rosak, adakah adil bagi kita mengatakan seluruh tandan busuk?

Jika seorang ahli keluarga melakukan onar, maka adilkah bagi kita mengatakan bahawa keluarga itu adalah keluarga yang rosak akhlaknya?

Ataupun jika seorang penganut Islam melakukan jenayah, maka adakah ini bermakna bahawa Islam wajar dipersalahkan?

Cuba kita lihat dalam konteks negara kita, yang mana umat Islam menjadi ‘juara’ dalam pelbagai perkara:
1. Penagihan dadah.
2. Sumbang mahram.
3. Majoriti pekerja di pusat hiburan yang menjual arak adalah orang Islam
4. Dan sebagainya.

Adakah adil bagi pihak tertentu menuduh Islam ‘menjuarai’ perkara di atas, sedangkan Islam adalah agama yang syumul?

Sudah tentu tidak. Ya, memanglah PPIM tidak boleh disamakan dengan agama Islam. Namun secara dasarnya, prinsip yang sama dapat digunapakai dalam konteks organisasi, iaitu sesebuah organisasi tidak wajar dipersalahkan atas atas tindakan segelintir ahlinya yang tidak bertanggungjawab.

Prinsip ini terpakai, melainkan jika organisasi tersebut memang sudah jauh menyeleweng dan bobrok, hingga menjadikannya organisasi yang wajib ditolak.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Komen Ashadi Zain mengenai falsafah mencegah lebih baik daripada mengubati

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Falsafah ini seringkali dikaitkan dengan kesihatan dan perubatan.

Namun begitu, falsafah ini sebenarnya dapat kita gunakan bukan sahaja dalam konteks kesihatan, tetapi juga dalam konteks yang lebih menyeluruh, iaitu pembangunan masyarakat secara mampan.

Ini kerana falsafah ini amat banyak sekali manfaatnya, termasuklah dari segi menjimatkan kos pembangunan massa.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

KDN nafi anjur majlis makan malam bernilai RM30,000

2011/01/12
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini menafikan pernah menganjurkan sebarang majlis makan makan berharga antara RM15,000 dan RM30,000.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, KDN menerima aduan mengenai kegiatan penipuan oleh seorang individu yang menyamar Ketua Setiausaha KDN yang meminta agensi pekerja asing menaja meja bagi jamuan makan malam. "Individu ini turut menyatakan bahawa 10 agensi pekerjaan Bumiputera sudah terpilih sebagai penyumbang dan borang penjualan meja sudah difakskan kepada syarikat berkenaan. "Kementerian ingin menegaskan bahawa Kementerian ini tidak pernah menganjurkan sebarang majlis makan malam seperti yang dinyatakan," katanya.

Menurutnya lagi, satu laporan polis berkenaan kegiatan penipuan itu sudah dibuat pagi tadi.

Tuesday, January 11, 2011

Komen Ashadi Zain mengenai perubatan moden dan tradisional

Ya, sikap berhati-hati adalah penting bagi memastikan kita tidak mendapat kesan sampingan dari antibiotik, yang akhirnya mendatangkan keburukan pada diri sendiri.

Selain itu, tindakan menyeimbangkan antara perubatan moden dan tradisional juga adalah tindakan yang wajar, mengikut kesesuaian. Ini kerana kaedah dalam perubatahn tradisional memang lebih berkesan bagi sesetengah penyakit.

Namun begitu, kita tidak harus lupa bahawa penipuan juga berlaku dalam perubatan tradisional. Ini kerana berbanding dengan perubatan moden, perubatan tradisional kurang dipantau, menyebabkan ada penjenayah yang mengaku pakar perubatan tradisional sedangkan dia sebenarnya adalah seorang penipu yang mengambil kesempatan atas penyakit yang dialami si pengadu. Berwaspadalan.

Berkaitan dengan isu caj perubatan yang tinggi, pesakit yang dikenakan caj perubatan yang tinggi dan tidak munasabah ketika menerima rawatan di hospital swasta boleh membuat aduan kepada Jawatankuasa Abitri Perubatan Kebangsaan bagi tujuan semakan semula caj berkenaan. (berita penuh dapat dibaca di http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/buat-aduan-jika-caj-tak-munasabah.html)

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

'Buat aduan jika caj tak munasabah'

'Buat aduan jika caj tak munasabah'
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2011/01/12
Jawatankuasa khas semak bayaran hospital swasta dikenakan

KUALA LUMPUR: Pesakit dikenakan caj perubatan yang tinggi dan tidak munasabah ketika menerima rawatan di hospital swasta boleh membuat aduan kepada Jawatankuasa Abitri Perubatan Kebangsaan bagi tujuan semakan semula caj berkenaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jawatankuasa khas yang diwujudkan di setiap hospital swasta dan dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican di peringkat pusat, berperanan memantau dan menilai semula kadar caj sama ada berpatutan dengan kos yuran doktor dan kemudahan perubatan hospital berkenaan. Keputusan itu, antara yang dicapai menerusi persetujuan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), pakar dan akademi perubatan baru-baru ini bagi mengelak hospital swasta mengenakan caj berlebihan kepada pesakit sewenang-wenangnya.

“Kita akan ada jawatankuasa yang akan tentukan caj untuk doktor pakar dan semua kos terhadap keperluan pesakit termasuk tisu, makanan dan minuman dan ubat-ubatan. Semua caj berkaitan sudah kita rangka sebagai garis panduan dan mencapai kata sepakat untuk pastikan tidak ada caj berlebihan,

“Jika pesakit dikenakan bayaran yang tinggi, mereka boleh merujuknya kepada jawatankuasa itu yang dikendalikan kementerian kerana kita tidak mahu rakyat mengadu caj hospital swasta meningkat berlipat kali ganda,” katanya selepas merasmikan Kompleks Pusat Perkhidmatan Steril Bertauliah dan meraikan satu juta meter isi padu pemprosesan produk kesihatan di SterilGamma (M) Sdn Bhd, dekat sini semalam.

Liow berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan caj kesihatan hospital swasta akan menurun apabila kerajaan melaksanakan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care yang membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Bagi mengekang kadar caj kesihatan yang tinggi dan berbeza-beza di hospital swasta, Liow berkata pihaknya menetapkan satu garis panduan dan jadual baru bayaran perkhidmatan bagi hospital swasta dan doktor, bermula Mac ini.

Menerusi pelaksanaan itu, dijangka kira-kira 30,000 doktor hospital kerajaan dan swasta akan menikmati kadar yuran baru yang tidak pernah disemak sejak 2004. Selain itu, garis panduan itu dijangka mengurangkan beban bayaran perubatan pesakit membabitkan kos lawatan dan perubatan doktor pakar serta kadar lain yang dikenakan kepada pesakit hospital swasta.

“Kita sedang mengkaji yuran baru untuk semua doktor kerana ada banyak rayuan menyatakan ia rendah berbanding negara lain sedangkan yuran untuk hospital tinggi menyebabkan jumlah keseluruhan yuran berlipat kali ganda. Oleh itu, akan ada yuran baru untuk doktor mulai Mac ini bagi mempraktikkan perkhidmatan kesihatan yang baik selain setiap hospital mengawal caj hospital masing-masing,” katanya.

Ditanya kadar yuran baru doktor itu akan meningkatkan caj hospital, Liow berkata perkara itu tidak menimbulkan masalah.

“Yuran doktor tidak ada masalah, orang tidak mengadu. Yang bermasalah adalah bil hospital, kita akan pastikan bil ini dikawal dengan baik dan memang jawatankuasa ini diwujudkan untuk pantau yuran hospital dan yuran doktor,” katanya.

Mengenai usaha kerajaan menyediakan kos perubatan percuma kepada rakyat, Liow berkata tidak ada negara mampu memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada semua rakyatnya kecuali kepada yang miskin.

“Kalau ada pun, kita risau kalau ada yang salah guna perkhidmatan kesihatan untuk rakyat miskin. Kerajaan akan bantu, tapi bagi orang berada, saya fikir tidak ada yang setuju beri perkhidmatan percuma kepada yang kaya,” katanya

Monday, January 10, 2011

Pantau penjualan produk kecantikan melalui kaedah MLM

Pantau penjualan produk kecantikan melalui kaedah MLM
11/01/2011 3:21pm


MELAKA 11 Jan. — Persatuan Pelindung Pengguna Melaka meminta pihak berkuasa melakukan pemantauan lebih tegas terhadap penjualan produk kecantikan melalui ”pemasaran pelbagai aras” (MLM) kerana ada antaranya memudaratkan pengguna, seperti pemutih kulit yang menyebabkan kulit muka rosak.

Yang Dipertuanya, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, persatuan itu turut menerima aduan terdapat syarikat MLM yang menjual produk yang telah diharamkan walaupun mengetahui ia berbahaya.

Beliau berkata selain itu, pihaknya banyak menerima aduan mengenai produk perubatan tradisional, terutama membabitkan ubat perangsang seks yang menggunakan steroid sebagai bahan sehingga boleh memudaratkan pengguna.

"Steroid digunakan untuk menguatkan dan mempercepatkan rangsangan bahan itu, selain ubat perangsang seks, kita juga banyak menerima laporan steroid ini digunakan dalam ubat sakit sendi,” katanya kepada pemberita di pejabat persatuan itu di Ayer Keroh hari ini.

Dr. Saharuddin berkata, terdapat juga pengusaha yang meniru produk ubatan pengusaha tempatan dan dijual pada harga sama, namun tidak memiliki kesan serupa dengan produk asal, malah memudaratkan.

Beliau berkata, ada juga sesetengah pengusaha yang mahu mengaut keuntungan cepat bertindak mengambil produk ubatan syarikat lain dan membungkusnya semula sebelum dijual pada harga lebih tinggi.

Katanya, persatuan itu juga menerima banyak aduan mengenai beberapa pusat perubatan yang mengenakan bayaran sesuka hati, dan pesakit hanya dimaklumkan mengenai jumlah kos terbabit selepas menerima rawatan.

Dr. Saharuddin berkata pusat perubatan berkenaan sepatutnya memaklumkan kos yang terlibat sebelum pesakit dirawat sebagaimana diarahkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Pengguna yang merasakan dirinya tertipu, boleh menghubungi persatuan kami di talian 1-700-800-444 atau 06-2324228, dan pihak persatuan ini boleh membantu mereka menuntut pampasan,” katanya. - Bernama

Komen Ashadi Zain mengenai kutipan derma palsu

From: YPN


Subject: [sim] AMARAN : Awasi pihak yang menggunakan yayasan dan anak yatim untuk mengutip derma


To: SIM


Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my


KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN




Adalah dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah mengeluarkan surat kuasa atau melantik mana-mana individu, agen, jabatan, syarikat, pertubuhan atau NGO untuk mengutip atau merayu sebarang derma atau sumbangan bagi pihaknya. Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah juga tidak pernah mengadakan sebarang majlis atau pertunjukan ataupun konsert bagi memungut derma.


Ini adalah berikutan dari banyak laporan yang kami terima akhir-akhir ini yang membabitkan kumpulan serta individu yang menjual kupon , produk, tiket serta rayuan derma yang menggunakan kepala surat dan logo Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Kumpulan ini dikesan melakukan kegiatan mereka disekitar Hentian Puduraya, KL Sentral, Mid Valley, KLCC serta KLIA. Beberapa laporan kegiatan yang sama juga telah dikesan di Johor Bahru, Kuantan dan Alor Setar. Mereka juga dilaporkan menggunakan kad nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.


Sekiranya perkara tersebut anda temui sila buat laporan segera di balai-balai polis berdekatan atau terus menelefon En. Ahmad Fadzil Ahmad (Vice President - Finance YPN) ditalian 012-296 8649 (24 jam) atau Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di 03-8733 2411 (waktu pejabat).


Untuk makluman anda semua sumbangan untuk Yayasan Pembangunan Nur Hikmah hanya boleh dilakukan mengikut saluran dan butiran dibawah ini :




------------------------------------------------------------------------------------------------------


KANAK-KANAK dilahirkan umpama kain putih yang memerlukan ibu bapa dan insan sekeliling untuk mencorakkannya, samada mahu membentuk mereka menjadi insan yang berilmu, beriman atau sebaliknya.


Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.


Sejak kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada nilainya supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak. Sebagai ibu bapa, jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan sepenuhnya kasih sayang terhadap anak mereka, supaya mereka tidak merasa terpinggir.


Sesibuk manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing, anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk menjaga makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapa mereka.


Anak-anak kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang melahirkan mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka dan bukannya hanya wang ringgit semata-mata.


Namun, kisah penderaan kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku kes ini sehingga melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih kerdil dan tidak berdosa.


Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah kanak-kanak yang didera di media elektronik dan media massa sehingga mengusik naluri setiap insan.


Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk perlakuan insan yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu mengurangkan gejala ini.


Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan parut-parut luka.


Malah, ada ibu bapa yang lebih kejam sehingga mereka sanggup menekap seterika panas di badan anak kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan malah hanya membiarkan anak kecil ini menangis menahan rasa sakit yang tidak terhingga.


Penderaan dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila mereka meningkat dewasa kelak.


Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan seksual seperti rogol, cabul, mahupun liwat.


Apabila sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak ini mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika mereka melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain, mereka akhirnya akan dikembalikan kepada penjaga asal.


Apa yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang tidak mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke rumah jagaan atau rumah perlindungan.


Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.






Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.


Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.




MELALUI MAYBANK


Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.






MELALUI CIMB ONLINE


Caranya ialah :


1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/


2. Pilih Pay Bills


3. Pilih Akaun Anda (Payment From)


4. Pilih Payment To >> Payee List


5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah


6. Masukkan Nama Anda (optional)


7. Masukkan Contact No. (optional)


8. Masukkan Jumlah


9. Tekan Submit


-------------------------------------------------------


YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH


No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my
Yahoo Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


AMARAN :


Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.






Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam)


KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Semua cara akan digunakan oleh sang penipu bagi memperdayakan orang ramai.

Ada cara yang tampak jelas dan banyak pula yang berselindung di balik pelbagai helah.

Antara taktik yang digunakan adalah bertopengkan kebajikan, misalnya:
1. Derma bagi anak yatim.

2. Derma kerana berlaku sesuatu bencana (mereka mengambil kesempatan atas bencana yang sememangnya berlaku).

3. Derma bagi penganjuran sesuatu program amal.

4. Dan sebagainya.

Taktik jahat yang digunakan ini sebenarnya memberikan kesan dan imej yang buruk pada yayasan, persatuan, NGO dan selainnya yang sememangnya sentiasa mengumpulkan dana bagi menjalankan aktiviti yang membawa manfaat pada masyarakat.

Diharap taktik kotor ini tidak melemahkan semangat kita untuk terus menderma pada badan-badan kebajikan.

Apa yang penting adalah kita perlu berhati-hati dan memastikan kesahihan sesebuah organisasi kebajikan dan aktiviti yang dijalankannya sebelum kita menderma.

Langkah-langkah waspada lain juga dapat dilakukan, bergantung pada keadaan yang dihadapi. Pada masa yang sama, diharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang menipu dan menyalahgunakan kepercayaan orang ramai

Berkaitan dengan pengutipan derma secara haram, baru-baru ini juga, beberapa orang ditangkap bagi membantu siasatan kutipan derma yang kononnya dilakukan bagi membiayai majlis makan malam amal anjuran sebuah agensi kerajaan.

Selain itu, saya fikir kita juga perlu mengambil serius akan perkembangan yang berlaku mutakhir ini, iaitu semakin ramai wanita yang terbabit dalam jenayah kolar putih.

Baru-baru ini, seorang wanita didakwa di mahkamah atas penipuan kolar putih. Semalam pula, seorang ahli perniagaan wanita dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 54 pertuduhan menipu, menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen dan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram (berita penuh boleh dibaca di sini: http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/denda-rm5j-penjara-7-tahun.html)

Sebelum ini, jenayah kolar putih lazimnya hanya dikaitkan dengan lelaki. Tetapi ‘kemunculan’ penjenayah kolar putih dari kalangan wanita adalah membimbangkan.

Ini adalah salah satu petanda bahawa nilai agama dan moral dalam masyarakat makin terhakis, lebih-lebih lagi di kalangan wanita yang seringkali digelar ‘pendidik anak bangsa’.

Jika pendidik anak bangsa sendiri sudah merosot akhlaknya, maka bagaimana pula dengan generasi akan datang yang dididik oleh mereka?

Krisis ekonomi bukanlah alasannya kerana jenayah kolar putih dilakukan oleh mereka yang berpendidikan tinggi dan mempunyai banyak ruang lain bagi mencari pendapatan secara halal.

Lagipun, nilai penipuan bukannya sedikit, malah mencecah jutaan ringgit.

Walaupun penglibatan wanita dalam jenayah kolar putih belum sampai di tahap kronik, namun kita tidak harus leka kerana kita tidak mahu kudis kemudiannya membarah.

Dengan perkembangan ini, maka usaha perlu digiatkan bagi memperkuat nilai Islam dan moral dalam masyarakat. Saya berdoa moga Allah melindungi insan yang lemah ini dari kejahilan dan hawa nafsu sendiri serta godaan syaitan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/