Wednesday, January 5, 2011

Berita terbaharu... barga bawang naik.

Berita terbaharu... barga bawang naik.

Harga bawang pula naik
JOHOR BAHRU 5 Jan. 2010 – Ketika isu ketiadaan bekalan minyak masak di pasaran belum dapat ditangani, kini pengguna terus dibebani dengan kenaikan harga beberapa barangan terutama bawang secara mendadak sehingga sekali ganda.

Kenaikan harga yang tidak munasabah itu menyebabkan pengguna dan peniaga merungut ekoran terpaksa menanggung bebanan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, kenaikan itu berlaku di beberapa pasar raya dan kedai runcit di bandar raya ini.

Seorang peniaga, Moideen Abdullah, 47, berkata, kenaikan harga bawang berlaku sejak beberapa minggu lalu dan ia memberi kesan kepada hasil jualan hariannya.

Menurutnya, sebelum ini harga bagi satu guni bawang besar seberat empat kilogram adalah sekitar RM7, tetapi sekarang harganya mencecah hingga RM20.

“Setakat ini, harga bawang sahaja yang naik. Ada ura-ura mengatakan barang lain juga akan naik tetapi belum tahu lagi sejauh mana kebenarannya,” katanya yang berniaga di Taman Suria di sini.

Seorang lagi peniaga, Umar Mohammad, 25, menyuarakan perkara sama dan menyebabkan dia terpaksa menjual bawang pada harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Katanya, sebelum ini sekilogram bawang besar dijual dengan harga RM3 tetapi sekarang mencecah RM5 dan ia menimbulkan rasa kurang senang kepada pelanggannya.

Peniaga makanan, Abdul Tahir Ahmad Rosdi, 60, pula berkata, kenaikan harga bawang secara tidak langsung menjejaskan mata pencariannya kerana kadar keuntungan harian semakin kurang dan kadangkala terpaksa menanggung kerugian.

“Harga bahan mentah semakin naik tetapi saya tetap jual pada harga sama. Jadi, mana boleh untung. Lagipun, kalau jual pada harga tinggi nanti pelanggan marah,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment