Sunday, January 9, 2011

Komen Ashadi Zain mengenai laman web yang kononnya Islami

Subject: [sim] AWAS : Website Islamik yg di buat oleh Yahudi

To: Sahabat SIM

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!

Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Waspadalah terhadap website di bawah ini:
1. www.answering-islam.org
2. www.aboutislam.com
3. www.thequran.com
4. www.allahassurance.com

Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam

Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia.

Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan.

KOMEN OLEH ASHADI ZAIN:

Pelbagai cara digunakan oleh musuh Islam bagi mengelirukan umat Islam. Antaranya adalah dengan mewujudkan laman sesawang yang sebenarnya memanipulasikan ajaran Islam yang sebenar.

Di samping itu, terdapat satu lagi perkara yang perlu diwaspadai oleh kita semua, iaitu gerakan dan fahaman Islam liberal.

Islam memang sesuai sepanjang zaman. Walau bagaimanapun, janganlah sampai yang haram dihalalkan.

Kita juga perlu berhati-hati dengan golongan orientalis yang sebenarnya mengkaji Islam dengan tujuan mencari ruang bagi memesongkan Islam dan seterusnya, menyesatkan umat Islam.

Selain itu, saya fikir kita juga perlu mengambil perhatian akan golongan munafik.

Ini kerana golongan ini lebih berbahaya daripada kafir zindiq. Mereka umpama musang berbulu ayam.

Musuh dalam selimut seperti inilah yang sebenarnya antara punca utama kejatuhan Islam, yang mana mereka melemahkan Islam dari dalam.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment