Tuesday, January 25, 2011

Kempen mendaulatkan Sultan

Saya ingin menarik perhatian kawan-kawan tentang isu pelantikan Dato’ Khusrin Munawir sebagai Setiausaha kerajaan Selangor.

Perkara yang ingin saya terangkan secara ringkas ini bukan berkaitan dengan isu ini secara langsung, tetapi adalah susulan isu ini.

Ini kerana kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kini saling menuduh bahawa pihak lawan telah menderhaka pada Sultan Selangor.

Maka nasihat yang ingin saya berikan adalah seperti yang berikut:

Berhati-hatilah jika ada pihak yang menggunakan nama Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat bagi mengutip derma, kononnya atas nama kempen mendaulatkan Sultan.

Jika ingin menderma, pastikan dahulu bahawa kempen itu adalah kempen yang sah.

Saya bimbang kalau-kalau rakan-rakan tertipu dengan kutipan derma palsu. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment